Kumpulan Medusa

Kumpulan Medusa merupakan sebuah kumpulan pemuzik penyanyi dariSingapura yang aktif di Malaysia. Pada tahun 1988, mereka merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman Platinum Productions Pte Ltd.Kumpulan Medusa dan kumpulan Hurricane telah menerbitkan sebuah album secara bersama pada tahun 1988 yang berjudul album Gegaran bersama dengan seorang penulis lirik terkenal, Haron Abdulmajid sebagai pengurus. Selain itu, album ini turut mendapat sentuhan penyanyi Aziz Ahmad yang turut menyumbangkan pengalaman beliau.Kumpulan Medusa mula menceburi bidang hiburan menerusi pertandingan Juara Rok di Kelab Malam Tropical pada September 1987, di bawah nama kumpulan Rocas, dengan lima orang ahli. Mereka gagal meraih sebarang kejayaan dalam pertandingan tersebut, tetapi kemahiran mereka telah menarik minat syarikat Platinum Productions yang hadir dalam pertandingan itu.[1]Hasilnya kumpulan Medusa telah ditawarkan peluang rakaman, tetapi perlu menukar nama mereka dari kumpulan Rocas kepada Medusa, kerana pertindanan nama dengan kumpulan Rockers.Kumpulan Medusa merupakan salah satu dari kumpulan rock yang mengambil bahagian dalam pertanding di Rock The World 11 (2011), yang juga disertai oleh kumpulan Thy Regiment, kumpulan Massacre Conspiracy, kumpulan The Sphinx, kumpulan The Azenders, kumpulan Kyoto Protocol, kumpulan Bittersweet, kumpulan Pesawat, kumpulan Monoloque, kumpulan Restraint, kumpulan Temjin, kumpulan I Revival, kumpulan The Padangs, kumpulan Reza Salleh, kumpulan Statik, kumpulan Salam Musik, kumpulan Akta Angkasa, kumpulan Maddame, kumpulan Ballad For Layla, kumpulan Daarchlea, kumpulan Apple Project, kumpulan DazMelon, kumpulan Heart-A-Tack, kumpulan Melodisaster, kumpulan Gabba Gabba dan, kumpulan The Jespers. [2]

Kumpulan Medusa

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Singapura
Pengkarya berkait Berkumpulan
Genre Metal / Hardcore
Tahun aktif 2010an-